Nafuzi Zain Anggap Kedah Tak Patut Kalah
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Sponsors

Pengendali Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain menganggap kekalahan pasukan di tangan Johor Darul Ta’zim tidak sepatutnya berlaku dalam aksi separuh pertama Piala FA pada Jumaat.

Bagi Nafuzi, beliau sememangnya merasa kecewa dengan kekalahan pada aksi tersebut dan beranggapan keputusan seri adalah lebih wajar berdasarkan prestasi pasukannya.

Ad

”Dari segi kecewa, memang saya kecewa. Saya rasa kita tak patut kalah (perlawanan hari ini), sekurang-kurangnya keputusan seri,” ujar Nafuzi ketika di sidang media selepas perlawanan.

Ad

Tambahnya lagi, meskipun tewas beliau berharap dengan persembahan anak-anak buahnya dapat memuaskan hati para penyokong yang hadir ke venue untuk menyaksikan Sang Kenari.

“Lebih baik seri berbanding tewas. Apa yang penting persembahan terbaik daripada pemain dan pasukan dan dapat memberi kepuasan kepada penyokong yang hadir.”

Ad

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu, Kedah terpaksa akur kecundang hasil penyudah Oscar Arribas dan jaringan lewat Romel Morales manakala gol tunggal Kedah hadir menerusi Habib Haroon.

Ad

Aksi timbal balik separuh akhir Piala FA bakal berlangsung pada 3 Ogos di Stadium Sultan Ibrahim bagi menentukan pasukan yang bakal mara ke perlawanan akhir dengan JDT membawa bekalan tipis 2-1.