Ads
Liga Super: JDT Bangkit Saat Akhir Tewaskan Kedah
Piala FA
Johor Southern Tigers

Hasrat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk mencipta kejutan dalam separuh akhir pertama Piala FA tidak menjadi kenyataan apabila ditewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Advertisements

Kedua-dua pasukan menurunkan skuad terkuat dengan Kedah mempertaruhkan trio serangan mereka iaitu Milos Gordic, Sony Norde dan Sukhrob Nurollaev manakala Arif Aiman, Bergson dan Heberty menjadi harapan di bahagian serangan JDT.

Advertisements

Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun benteng kedua-dua pasukan ampuh bertahan menidakkan setiap serangan awal.

Advertisements
Advertisements

Juan Muniz hampir meledak gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-10 namun palang menjadi penghalang.

Sony Norde turut berpeluang menerusi sepakan percuma pada minit ke-15 namun dapat ditepis oleh Syihan Hazmi.

Advertisements

JDT akhirnya memecah kebuntuan apabila Oscar Arribas menjaringkan gol selepas menyambar hantaran lolos daripada Heberty pada minit ke-23. Pengadil perlawanan, Nazmi Nasaruddin mengesahkan jaringan tersebut selepas merujuk kepada Video Bantuan Pengadil (VAR).

Minit ke-31, Bergson menjaringkan gol selepas menyempurnakan hantaran menarik daripada Heberty. Namun pengadil membatalkan jaringan tersebut selepas VAR mendapati Bergson telah ofsaid sebelum jaringan terhasil. Kedudukan kekal 1-0 memihak JDT.

JDT meneruskan momentum serangan dengan percubaan Arif Aiman pada minit ke-44 namun tiang gol menjadi penghalang.

Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua,JDT meneruskan serangan ke kubu Kedah dengan beberapa gerakan merbahaya terutamanya daripada kapten pasukan, Arif Aiman.

Oscar Arribas mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini namun percubaan jarak dekat beliau pada minit ke-53 diselamatkan dengan cemerlang oleh Kalamullah Al-Hafiz di gawang Kedah.

Kedah telah membawa masuk muka-muka baru seperti Ebenezer Assifuah, Fayadh Zulkifli dan Amirul Hisham.

Pada minit ke-67, Kamil Akmal hampir mendapatkan jaringan penyamaan buat Kedah namun rembatan volinya diselamatkan Syihan Hazmi.

Kedah akhirnya berjaya menjaringkan gol oada minit ke-87 hasil penyudah Habib Haroon yang menyambar bola tampanan Syihan Hazmi. Kedudukan terikat 1-1 selepas pengadil mengesahkan jaringan tersebut melalui VAR.

Ketika perlawanan hampir tamat, JDT menambah jaringan kedua pada masa kecederaan melalui Romel Morales yang menyambar sepakan sudut.

Kedudukan 2-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus meneruskan rekod bersih kemenangan JDT sepanjang musim ini berlangsung.

Advertisements

Untuk aksi seterusnya, Kedah akan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim untuk aksi separuh akhir kedua bertemu JDT pada 3 Ogos depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram