“Selepas 5 Tahun Di Malaysia, Saya Hadapi Banyak Keadaan Seperti Ini”
MakanBola
Azri/MakanBola
Sponsors

Selepas 5 tahun berada di Malaysia, pemain lincah Kedah Darul Aman, Sony Norde mengakui telah banyak menghadapi keadaan seperti ini.

Perkara itu dijelaskan oleh beliau selepas tamat perlawanan antara Kedah dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) di Darul Aman.

Ad

Pemain berusia 35 tahun itu menjadi kapten pasukan dan berkata secara terbuka bahawa beliau tidak berpuas dengan beberapa keputusan pengadil.

Ad

Hal ini susulan Sang Kenari tidak diberikan sepakan penalti selepas didakwa bola terkena tangan namun dinafikan oleh Video Bantuan Pengadil (VAR).

Beliau juga mengakui bahawa perkara sebegini sudah biasa berlaku sejak 5 tahun beraksi di Liga Malaysia.

Ad

“Saya berpuas hati. Namun begitu, ia satu keputusan yang memalukan daripada pengadil. Selepas 5 tahun beraksi di Malaysia, saya selalu menghadapi keadaan seperti ini.

Ad

“Gol pertama itu hasil kekasaran terhadap Habib Haroon. Sepakan penalti juga tidak diberikan kepada kami (Kedah).

Ad

“Saya rasa disebabkan pengadil, kami (Kedah) kalah perlawanan ini,” jelasnya selepas perlawanan.

Sony Norde juga mengakui bahawa beliau sudah melakukan yang terbaik untuk memastikan persembahan pasukan berjalan lancar namun keputusan tidak memihak kepada Kedah.

View this post on Instagram

A post shared by MakanBola (@makanbolaplus)

Beliau sedar peluang tipis dimiliki oleh Kedah untuk mara ke pusingan berikutnya dan bakal beraksi menentang JDT di laman lawan pada 3 Ogos 2024.