Ads
Hector Bidoglio: Semua Pasukan Di Malaysia Mahu Menang Lawan JDT
Piala FA
Johor Southern Tigers

Persembahan juara bertahan Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) diberi cabaran sukar sebelum menumpaskan Kedah Darul Aman malam ini.

Advertisements

Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Darul Aman.

Advertisements

Pertemuan aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman menyaksikan skuad Harimau Selatan merekodkan kemenangan 2-1.

Advertisements
Advertisements

Katanya, anak buahnya telah berjuang sehabis baik untuk membawa bekalan selesa pulang di laman sendiri.

“Kita tahu agak sukar bermain di laman lawan. Perlawanan ini amat menarik. Bagi kami semua perlawanan yang kami lalui amat sukar. Semua pasukan di Malaysia mahu menang menentang JDT. Ini bagus untuk memastikan kami sentiasa bertambah baik.

Advertisements

“Aksi ini sukar kerana mereka memiliki pasukan yang baik. JDT bermain dengan baik, mencipta peluang dan melakukan hantaran dengan baik,” jelasnya ketika ditemui selepas perlawanan Kedah dan JDT di Darul Aman.

“Kita bermain baik pada babak kedua. Mungkin Kedah meletakkan tekanan pada beberapa situasi namun JDT cuba untuk mencari jaringan.

Beliau bagaimanapun yakin kelebihan beraksi di laman sendiri mahu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pasukannya.

“Stadium Sultan Ibrahim ada atmosfera berbeza. Penyokong memberi aura berbeza dan padang kami juga berbeza. Kita perlu menambah baik beberapa perkara menjelang aksi di laman sendiri,” jelasnya.

Pengendali kelahiran Argentina itu yakin JDT sentiasa bersedia untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.

Advertisements

Aksi timbal balik Kedah dan JDT akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada 3 Ogos 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram