Nafuzi Zain Gembira Faisal Halim Sukakan Taktikalnya
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Terengganu FC, Nafuzi Zain mengakui terkejut dan tidak menyangka dengan jawapan yang diberikan oleh pemain sayap pasukannya iaitu Faisal Halim.

Sebelum ini, pemain sayap lincah itu ada menyatakan mengenai pendirian masa depannya terletak kepada situasi pengendali kelahiran Kelantan itu.

Malah, beliau berkongsi secara terbuka mengenai kesediannya untuk kekal di bumi Darul Iman sekiranya kontrak Nafuzi disambung oleh pihak pengurusan kelab.

Advertisements

Menurut Nafuzi, beliau amat menghargai lontaran pandangan daripada Faisal terhadap pendekatan yang cuba diterapkan olehnya bersama pasukan tersebut.

“Itu hakikatnya pandangan peribadi Faisal Halim sebagai seorang pemain.”

“Saya pula sebagai jurulatih sudah tentu amat  menghargai respon beliau tentang perkara berkenaan dan menunjukkan bahawa beliau selesa dan suka dengan corak kendalian saya.”

Advertisements

Sambil itu, jurulatih berusia 44 tahun itu menafikan mengenai khabar angin yang mengaitkan beliau dengan pasukan Selangor.

“Khabar angin yang mengaitkan saya ke Selangor FC musim depan itu hanyalah rumours, perkara ini biasa dalam dunia bola sepak dan ia asam garam sebagai jurulatih mahupun pemain.”

“Akan tetapi ia merupakan satu penghargaan buat saya walaupun tawaran dari Selangor sebenarnya tidak ada,” ujar Nafuzi.

Advertisements

Nafuzi juga yakin segala spekulasi yang mengaitkan beliau dan juga para pemainnya tidak menjejaskan persiapan mereka menjelang final Piala FA September ini kerana fokus mereka ketika ini adalah untuk mempersiapkan pasukan pada tahap terbaik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram