Nafuzi Zain Mahu Terengganu Buru ‘Top 3’ Liga Super
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain menyasarkan pasukannya untuk menamatkan saingan Liga Super sekurang-kurangnya pada kedudukan ke-3 terbaik.

Pengendali kelahiran Kelantan ini memiliki tugas yang mencabar apabila bakal berdepan JDT pada final Piala FA bulan hadapan.

Namun begitu, Nafuzi mahu anak buahnya untuk memberikan fokus terlebih dahulu terhadap pertembungan dengan Melaka United yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Sabtu ini.

Advertisements

Katanya, mereka bakal turun dengan misi 3 mata dalam memastikan moral para pemain berada pada tahap terbaik sebelum berdepan Harimau Selatan.

“Dua kemenangan di tempat lawan menentang Sri Pahang FC dan Selangor FC menambah lagi semangat para pemain menentang MUFC.”

“Saya gesa pemain Terengganu agar fokus pertemuan dengan MUFC terlebih dahulu bagi mencari tiga mata sebelum final Piala FA minggu depan.”

Advertisements

Nafuzi yakin kemenangan ini amat penting bukan sahaja untuk moral pemain tetapi bagi memastikan mereka mampu berada pada kedudukan ketiga terbaik.

“Kemenangan amat penting kepada pasukan bukan sahaja sebagai motivasi sebelum final, tetapi bagi misi mengakhiri liga di tempat ketiga musim ini,” katanya kepada Arena Metro.

Beliau juga melihat perbezaan jurang mata antara pasukannya dan juga Negeri Sembilan tidaklah terlalu jauh selain mahu mencari kemenangan dalam 6 perlawanan berbaki bagi merealisasikan misi ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram