Nafuzi Zain: Penyerang Gagal Berfungsi, Tidak Konsisten Punca Terengganu Tewas
Liga Super
Advertisements

Hasrat pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain melihat pasukan kendaliannya mencatat kemenangan kedua berturut-turut musnah apabila skuadnya tewas mengejut 2-0 kepada pasukan tuan rumah, Melaka United FC.

Dalam perlawanan itu, Terengganu dilihat mendominasi sebahagian besar perlawanan dengan mengatur serangan ke arah kubu lawan melalui gerakan duo lincahnya iaitu Faiz Nasir dan juga Faisal Halim. Sungguhpun begitu, terdapat hanya beberapa percubaan tepat yang berjaya dilakukan terhadap Khairul Fahmi yang mengawal benteng Melaka United.

Akibat gagal memanfaatkan peluang, Terengganu dihukum pula dengan kelincahan trio penyerang import berbisa lawan yang sungguh tajam di hadapan pintu gol yang menyebabkan pasukan pelawat dihukum dengan dua jaringan sekaligus membantu Melaka pulang dengan 3 mata penuh.

Advertisements

Temubual bersama pengendali Terengganu FC, sejurus tamat perlawanan menceritakan detik pahit yang perlu ditelan oleh seluruh penyokong pasukan itu sambil mengucapkan tahniah atas kesungguhan Melaka untuk memenangi perlawanan ini.

Beliau turut menyatakan bahawa kegagalan barisan penyerangnya melakukan keputusan yang tepat dalam kotak penalti lawan menyebabkan pasukan berpangkalan di pantai timur itu tewas mengejut malam ini. Selain itu, ketumpulan barisan penyudahnya yang diketuai oleh David Da Silva menggagalkan usaha TFC pada malam ini.

Advertisements

Terengganu berdepan tugas sukar pada perlawanan berikutnya apabila berdepan Sabah FC di Kuala Terengganu dalam misi untuk terus menghambat pasukan Harimau Selatan di persada liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram