Nafuzi Zain Puas Hati Dengan Semangat Melawan Pemain Terengganu
Dunia
TFC
Advertisements

Pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain meluahkan rasa bangga dan berpuas hati dengan semangat lawan anak buahnya walaupun pasukannya tewas 2-1 kepada JDT semalam.

Nafuzi menjelaskan pasukan JDT bukan menang dengan mudah semalam kerana benteng pertahanan JDT agak kucar kacir apabila pemain Terengganu memberi tekanan cuma tiada rezeki lagi untuk memenangi atau seri pada perlawanan tersebut.

Dalam pada itu, beliau lihat pada awal permainan, pemainnya tidak tahu hala tuju yang sebenar sehingga mereka hilang fokus sekaligus memudahkan JDT menghasilkan gol kedua.

Advertisements

“JDT bukan menang dengan mudah pada perlawanan itu, sebaliknya kami mampu beri tekanan dan mereka tampak panik untuk mengemudi benteng pertahanan dan hanya nasib tidak menyebelahi kami apabila gagal melakar kemenangan atau keputusan seri.”

“Di awal permainan, pemain saya tertekan dan menyebabkan mereka melakukan kesilapan sehingga memudahkan JDT menjaringkan dua gol walaupun kami berjaya mengikat keputusan 1-1 tapi mereka pantas menghasilkan gol kedua.”

Sementara itu, Nafuzi turut akur dengan penundaan dua perlawanan akibat Covid-19. Perkara itu, telah memberi kesan terhadap fokus pemain.

Advertisements

Akan tetapi selepas aksi menentang JDT, beliau teruja kerana pemain sudah mula menunjukkan prestasi yang baik.

“Penundaan dua perlawanan itu beri kesan terhadap konsentrasi pemain tapi pada aksi menentang JDT pemain mula beri impak positif dalam permainan dan ia beri kelegaan kepada saya tatkala pemain mula tunjuk momentum permainan sebenar,” katanya kepada Harian Metro.

Selepas ini, Terengganu FC dijadualkan akan menentang Sarawak United pada 17 April 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram