Nafuzi Zain Seolah-olah ‘Pep Guardiola’ Berlari Sana-Sini
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain memcuri tumpuan ketika pasukannya turun menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam semalam.

Pengendali kelahiran Kelantan ini dilihat tampil dengan wajah baru selepas membuat keputusan untuk mencukur rambutnya selepas kejayaan mara ke pentas akhir Piala FA.

Perlawanan epik antara dua pasukan Liga Super ini juga jelas mendapat perhatian seluruh peminat bola sepak tanah air selepas kedua-dua pasukan berada dalam prestasi yang cukup baik.

Advertisements

Walau bagaimanapun, gol Hakimi Abdullah masih tidak dapat menyelamatkan pasukan tuan rumah apabila tewas dengan keputusan 1-2 di tempat sendiri.

Jurulatih muda berusia 43 tahun ini mendapat perhatian netizen selepas reaksi, gelagat dan juga tindak-tanduknya di tepi padang seringkali diperhatikan.

Advertisements

Nafuzi jelas tekun untuk memerhati setiap gerak-geri anak buahnya bagi memastikan gerakan pasukan pelawat dapat dipatahkan.

Setelah pasukannya ketinggalan, beliau jelas lebih banyak memberi arahan dan mahu para pemain Terengganu melakukan tindakan yang sewajarnya selepas memberi lebih banyak ruang buat JDT melakukan serangan.

Advertisements

Netizen juga berjaya mengesan tindak-tanduk beliau yang sesekali kelihatan mahu yang terbaik daripada pemainnya.

Ini jelas apabila Terengganu berdepan dengan lawan yang kini berada selaku pendahulu liga, mereka sentiasa berwaspada dengan sebarang bentuk ancaman.

Advertisements

Reaksi Nafuzi yang mundar-mandir ini seringkali disamakan dengan jurulatih kelahiran Eropah, Pep Guardiola tatkal reaksi beliau jelas memaparkan keinginan dan juga semangat yang tinggi untuk memenangi perlawanan.

Malah, terdapat pelbagai hantaran yang dimuat naik ke pelbagai paltform berkenaan gelagat beliau pada perlawanan di Stadium
Sultan Mizan Zainal Abidin semalam. 

Ketika ini, Terengganu berada pada kedudukan ke-6 dengan 17 mata selepas mengharungi 13 perlawanan.

Terengganu juga berjaya mendidik para penyokong dengan baik agar tetap turun ke stadium untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah-bahagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram