Advertising
Nafuzi Zain Seronok Dapat Bertemu Nidzam Jamil
Liga Super
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain mengakui teruja apabila bertemu Selangor FC dalam aksi liga seterusnya pada minggu hadapan.

Ini kerana perlawanan itu bakal menemukannya dengan rakan lama yang juga jurulatih baru Merah Kuning, Nidzam Jamil.

Ad

Nidzam dilantik sebagai jurulatih Selangor pada pertengahan Mac lalu selepas Tan Cheng Hoe memilih untuk menyertai kelab Thai League 1, Police Tero.

Ad

Pasukan itu menunjukkan prestasi baik di bawah bimbingannya semasa kempen pra-musim 2024/25 apabila meraih gelaran juara Selangor Asia Challenge (SAC) 2024.

Meskipun Selangor tempang tanpa tonggak utama mereka, Faisal Halim, Nafuzi enggan memandang enteng cabaran yang dibawa barisan anak buah Nidzam.

Ad

Ini kerana Merah Kuning memiliki ramai pemain berkualiti baik pemain tempatan mahupun pemain import.

Ad

Atas sebab itu, Nafuzi percaya pertembungan dua pasukan ini menjanjikan aksi menarik buat penyokong kedua-dua pasukan.

Ad

“Bertemu Selangor ini, saya rasa pasukan Selangor ialah pasukan yang mencabar kejuaraan untuk musim ini. Dengan pemain berkualiti yang ada baik pemain tempatan mahupun import, dengan penambahan pemain-pemain import berkualiti, Selangor lebih bersedia untuk musim ini.

“Saya rasa ini satu pertembungan yang menariklah. Saya rasa kita tengoklah perlawanan macam mana. Saya rasa seronok sebab dapat bertemu Coach Nidzam Jamil selepas ini,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan PDRM FC-Kedah seperti yang dilaporkan Harimau Malaya semalam.

Kedah meraih tiga mata pertama liga musim ini dengan menewaskan The Cops 1-0 di Stadium Selayang.

Gol tunggal Sang Kenari dijaringkan oleh penyerang kebangsaan, Syafiq Ahmad seawal 34 saat. Itu menjadikan gol tersebut gol terpantas dalam liga musim 2024/25.