Faisal Halim Selesai Jalani Pembedahan Implan Kulit
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Perkembangan terkini membabitkan bintang bola sepak Selangor, Faisal Halim yang dilaporkan telah selesai menjalani satu lagi pembedahan.

Menurut Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Yang Berhormat (YB) Najwan Halimi, pembedahan ketiga menerusi prosedur implan kulit yang dirancang sebelum ini telah selesai dengan jayanya.

“Alhamdulillah, Faisal telah selamat menjalani pembedahan ketiga tempoh hari menerusi kaedah skin allograft iaitu pemindahan kulit sihat ke kawasan tubuh yang mengalami kelecuran,” tulis YB Najwan Halimi di laman X.

Advertisements

Walau bagaimanapun, pihak hospital masih perlu memantau keadaan Faisal dengan rapi untuk beberapa minggu yang akan datang kerana tempoh selepas pembedahan ini sangat penting.

“Faisal masih lagi ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan berada dalam keadaan stabil namun tempoh dua minggu mendatang ini sangat penting dan kritikal memandangkan prosedur skin allograft ini memerlukan Faisal diasingkan dengan pemantauan rapi dan ketat oleh pasukan perubatan.”

Advertisements

Bagi memastikan keselamatan dan penjagaan rapi kepada Faisal, YB Najwan Halimi memaklumkan bahawa tiada sebarang pengunjung akan dibenarkan untuk melawat pemain berusia 26 tahun itu dalam tempoh terdekat.

“Faisal juga tidak dibenarkan menerima sebarang pelawat dalam tempoh pemantauan ini,” tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor itu lagi

Advertisements

Terdahulu, Faisal telah menjalani dua pembedahan segera beberapa hari lalu bagi merawat kesan lecur yang dialami olehnya akibat disimbah asid oleh individu misteri minggu lalu.

Dengan semangat yang kuat, Faisal dilaporkan mula menunjukkan reaksi positif dengan melakukan aktiviti-aktiviti ringan seperti berjalan dan menjamah makanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram