Nafuzi Zain Beri Bayangan Turunkan Kesebelasan Terbaik Berdepan Selangor
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain sedia mempertaruhkan kesebelasan terbaiknya menjelang pertemuan dengan Selangor FC malam ini.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin nyata memberi kelebihan kepada pasukan tuan rumah tatkala sorakan padu penyokong bakal menjadi kunci kepada persembahan pasukan.


Walau bagaimanapun, Nafuzi kekal waspada dengan kemampuan lawannya iaitu The Red Giants yang kini sedang mendapatkan semula momentum pasukan.

Advertisements

Katanya, Selangor sering tampil dengan corak permainan yang sangat baik dan memberi kesukaran kepada lawan.

“Prestasi Selangor sedang meningkat terutama daripada segi permainan dan kemampuan menjaringkan gol.”

“Mereka (Selangor FC) punya kualiti yang pada segi serangan.”

Advertisements

Pengendali ini juga kekal memantau barisan serangan Selangor yang bergantung kepada ketajaman Caion.

“Selangor ada Herlison Caion dan banyak bahagian lain selain bahagian depan yang boleh bantu jaringkan gol,” katanya kepada Bernama.

Namun begitu, Nafuzi memaklumkan bahawa pasukannya bebas daripada kecederaan sekaligus memberi bayangan untuk menurunkan barisan terbaiknya.

Advertisements

Dua tonggak import pasukan juga difahamkan sudah boleh beraksi pada malam ini.

“Habib (Haroon) sudah pulih daripada kecederaan dan boleh beraksi.”

“Kpah Sherman yang sudah kembali berlatih selepas direhatkan akibat demam.”

Advertisements

Terengganu kini berada pada landasan terbaik untuk mara ke pentas akhir sambil JDT menjadi lawan yang sedang menanti di final.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram