Nasib Berbeza Baddrol Bakhtiar Dan Rizal Ghazali Di Sabah
Dunia
Sabah Football Club
Advertisements

Selepas Sabah FC berjaya mengikat pasukan tuan rumah, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan keputusan 1-1 dalam aksi Liga Super Rabu lepas, bermacam-macam cerita yang tidak enak keluar mengenai kapten pasukan Sabah FC, Baddrol Bakhtiar.

Dalam aksi di Stadium Darul Aman tempoh hari, deretan peluang yang terhidang kepada Baddrol tidak dapat disudahkan kepada jaringan buat pasukan Sabah. Ianya mengundang kecaman daripada segelintir penyokong Sabah yang mempersoalkan sumbangan Baddrol dalam perlawanan tersebut.

Umum mengetahui bahawa Baddrol merupakan bekas pemain Kedah dan telah beraksi untuk pasukan Hijau Kuning untuk tempoh yang sangat lama sebelum berhijrah ke Sabah. Oleh disebabkan itu, pelbagai andaian timbul mengenai prestasi Baddrol pada malam itu. Baddrol dikatakan terlalu menghormati pasukan lamanya.

Advertisements

Berbeza pula dengan situasi seorang lagi bekas pemain Kedah yang kini beraksi untuk pasukan Sabah, Rizal Ghazali. Kesungguhan yang dipamerkan Rizal dalam perlawanan menentang Kedah tempoh hari jelas sekali menggembirakan hati ramai penyokong Sabah.

Rizal dikatakan sudah beraksi di tahap yang terbaik dalam perlawanan tersebut dan dipuji oleh para penyokong Sabah kerana beliau beraksi demi lencana di dada. Kekebalan Rizal acap kali berjaya menggagalkan serangan dari pemain sayap Kedah, Mahmoud Al-Mardi.

Walau apa pun yang berlaku, penerimaan setiap penyokong adalah berbeza. Kredibiliti dan kemampuan Baddrol bersama Sabah FC musim ini juga berada di dalam momentum terbaik apabila beliau sudah meledak 4 gol dan mencipta 4 bantuan gol. Begitu juga prestasi Rizal Ghazali yang dilihat sangat banyak membantu pasukan Sabah daripada dibolosi pihak lawan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram