Nasib Pasukan Bawah Liga Super Samar-Samar
Liga Super
Astro Arena
Advertisements

Selepas mengharungi 14 perlawanan Liga Super, empat pasukan iaitu Perak FC, Kuching City FC, Kelantan FC dan Kelantan United FC bergelut di kelompok terbawah. Dan bagi Asmawi Bakiri, beliau percaya ketiadaan pemain import berkualiti menyumbang kepada permasalahan yang dihadapi empat pasukan ketika ini.

Ini kerana mengikut kebiasaan, pemain-pemain import berkualiti akan menjadi pendorong pencapaian pasukan dalam liga. Ini dibuktikan dengan pencapaian empat pasukan teratas Liga Super ketika ini iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Selangor FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Sri Pahang FC.

“Saya tetap akan kata demand pada Liga Malaysia (Liga M) ini terletak kepada pemain import. Itu memang totally berlaku kepada pasukan yang di atas,” katanya semasa menjadi panel rancangan bual bicara NINDIA di Astro Arena semalam.

Advertisements

Namun begitu, pada masa sama, isu dana pasukan yang akhirnya menentukan sama ada hal ini dapat dicapai atau tidak. Tanpa sokongan dana baru, sukar bagi bekas pemain pertahanan Selangor FC itu melihat empat pasukan tercorot liga ini untuk bangkit dan memperbaiki kedudukan mereka.

“Pemain import pada keempat-empat pasukan ini memang bermasalah. Dan bajet, memang saya rasa Perak ada bajet. Even Kelantan kalau bermasalah pun, masih ada bajet,” tambahnya.

Isu pemain import berkualiti ini mula hangat selepas ia disentuh oleh pemangku jurulatih Kelantan United, Nazrulerwan Makmor.

Advertisements

Dalam sidang media pasca-perlawanan di mana Kijang Hijau tunduk 7-1 kepada Selangor FC beberapa hari lepas, beliau menyifatkan pemain import yang dimiliki pasukan tidak berkualiti dan amat berharap mereka digantikan dalam tetingkap perpindahan kedua nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram