Nasihat Menyentuh Hati Fandi Ahmad Buat Anak-Anaknya Tak Dibuai Mimpi
Dunia
Playmaker
Advertisements

Bekas lagenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad terkenal dengan bakat dan kebolehan luar biasanya di atas padang.

Kini, ia diteruskan oleh legasi anak-anaknya pula tatkala Irfan, Ikhsan danjuga Ilhan sudah mula menjadi prospek terbaik yang dimiliki oleh negara jiran itu.

Ketiga-tiga anaknya kini menjadi pilihan barian kejurulatihan skuad kebangsaan Singapura berikutan kemampuan luar biasa dan konsistensi yang ditampilkan setiap kali diberi peluang beraksi.

Advertisements

Walau bagaimanapun, dalam satu temubual bersama Irfan dan juga Ilhan, mereka ada mendedahkan beberapa nasihat dan juga pedoman yang dipegang bertitik tolak daripada pesanan bapa mereka sendiri.

Kata Irfan selaku abang, beliau sentiasa berpegang teguh kepada empat prinsip yang ditekankan oleh bapanya agar terus bercita-cita tinggi untuk terus maju dalam karier bola sepak mereka.

Advertisements

‘Bapa kami selalu berpesan agar berpegang kepada 4 perkara iaitu disiplin, dedikasi, keinginan tinggi dan juga pengorbanan.’

‘Nasihat ini dipegang oleh ketiga-tiga kami untuk terus melangkah jauh dalam bola sepak,’ -Kata Irfan dalam satu temubual.

Advertisements

Hal ini dilihat benar-benar menjadi selepas Irfan kini sudah pun mengembangkan perjalanan karier ke Thailand dan beraksi bersama kelab gergasi, BG Pathum United.

Malah, pemain berusia 24 tahun ini juga menjadi pilihan utama untuk mengetuai barisan pertahanan pasukan sejak musim lalu.

Advertisements

Selain itu, adiknya iaitu Ikhsan juga yang sudah pun pernah menjejakkan kasi di Norway dan beraksi bersama pasukan Raufoss dan FK Jerv sebelum kembali ke Asia Tenggara menyertai BG Pathum United.

Penyerang prolifik itu menjadi sandaran utama pasukan selepas meledak 16 gol dalam 21 perlawanan secara keseluruhannya musim ini.

Ilhan pula baru sahaja menandatangi kontrak bersama pasukan Albirex Niigata untuk memulakan perjalanan kariernya.

Kini, anak-anak Fandi Ahmad ini bercita-cita tinggi untuk terus mengembangkan lagi karier mereka agar dapat bersaing di pentas elit Asia bersama pemain-pemain bintang lain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram