Natxo Insa Dalam Senarai Bersedia Kem Harimau Malaya

Natxo Insa Malaysia Natxo Insa Dalam Senarai Bersedia Kem Harimau Malaya
FA Malaysia
Ikuti Telegram MakanBola (3640)

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) Natxo Insa menjadi antara individu yang tersenarai dalam senarai menunggu.

Perkara itu dimaklumkan FAM dalam satu siaran media hari ini. Pemain berdarah Malaysia itu bakal mengisi ruang atau kekosongan yang akan ditinggalkan mana-mana pemain Harimau Malaya yang dipanggil ke latihan pusat jika ada antara mereka yang mengalami kecederaan atau gagal dalam melapor diri.

Seramai 11 orang pemain berada di dalam senarai bersedia. Selain Natxo, Aidil Zafuan dan Ramadhan Saifullah merupakan antara pemain JDT yang tersenarai dalam skuad bersedia. Tidak ketinggalan pemain tengah seperti Zhafri Yahya, Selvan Anbualagan dan pemain Sarawak United, Shamie Iszuan turut berada dalam senarai menunggu.

Natxo Insa merupakan pemain kacukan Malaysia-Sepanyol yang cukup berpengalaman. Beliau pernah beraksi di pentas sebesar Eropah ketika menyarung jersi pasukan Valencia, Villarreal, Real Zaragoza serta Levante. Kini beliau sedang menikmati musim indah bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengungguli carta kedudukan Liga Super dan melayakkan skuad ke peringkat kalah mati dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Pentas sulung Natxo ketika mewakili Malaysia sebelum ini di diperingkat antarabangsa adalah pada 22 Mac 2018. Ketika itu Harimau Malaya beraksi menentang Mongolia di bawah kendalian Tan Cheng Hoe. Aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan Malaysia sekadar meraih keputusan seri 2-2.