Natxo Insa Rindu Arif Aiman
MakanBola
Johor Southern Tigers

Ketiadaan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi jelas dirindui oleh kapten pasukan, Natxo Insa.

Arif Aiman terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan ketika bersama skuad Harimau Malaya pada November yang memerlukannya menjalani pembedahan.

Ketiadaan bintang berusia 24 tahun ini tampaknya sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap perancangan JDT terutamanya bagi kempen AFC Champions League Elite (ACLE).

Walau bagaimanapun, JDT berjaya menempatkan diri dalam kelompo 8 pasukan terbaik dari Zon Timur untuk melangkah ke pusingan kalah mati ACLE buat kali kedua berturut-turut.

Kapten JDT, Natxo Insa ketika ditemui selepas aksi bertemu Vissel Kobe minggu lalu meluahkan cabaran hebat dihadapi pasukan ketika ini apabila dilanda isu kecederaan melibatkan pemain-pemain utama.

”Kami mengalami krisis kecederaan ketika ini, kami juga kehilangan pemain penting dalam pasukan musim ini.”

Tanpa berselindung, Natxo Insa mengakui merindui kelibat Arif Aiman ketika ini dan berharap agar pemain terbaik JDT itu dapat kembali lebih kuat tidak lama lagi bagi membantu pasukan.

”Kami kehilangan pemain terbaik yang kami miliki iaitu Arif (Aiman). Saya sangat merindui beliau. In shaa Allah beliau akan sembuh tidak lama lagi dan kembali ke pasukan,” ujar kapten JDT itu

”Tetapi buat masa sekarang ini, kami perlu terus maju ke hadapan,” tambah Natxo Insa.

Aksi getir menanti JDT di pusingan 16 terbaik ACLE minggu hadapan apabila akan melayani kunjungan kelab dari Jepun, Sanfrecce Hiroshima dalam perlawanan timbal balik pertama pada 3 Mac di laman sendiri.

Claim Money Packet TnG