Ads
Dunia
Johor Southern Tigers

Pemain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor sekali lagi membuktikan kalibernya untuk terus mengemudi jentera tengah pasukan semalam.

Advertisements

Beliau yang diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan jelas mendominasi bahagian tengah pasukan apabila mengawal rentak permainan pasukan kendalian Benjamin Mora ketika menentang Sarawak United semalam.

Advertisements

Nazmi mendapat kepercayaan Mora untuk bergandingan bersama Hong Wan dan juga Afiq Fazail sekaligus mematikan rentak pasukan Sarawak United untuk menewaskan juara bertahan Liga Super ini.

Advertisements

Advertisements

Pemain berusia 27 tahun itu juga memiliki kemampuan yang sangat baik menerusi situasi bola mati jelas memanfaatkan keadaan tersebut.

Nazmi dengan begitu tenang menyudahkan peluang terbuka tersebut sekaligus meletakkan JDT di hadapan pada perlawanan tersebut.

Advertisements

Bekas pemain tengah Selangor ini juga mempunyai visi yang amat baik untuk mencari rakan sepasukan di barisan serangan yang jelas menjadi kunci kepada kemenjadian pasukan semalam.

Anak jati kelahiran Shah Alam, Selangor ini juga memiliki kualiti dalam hantaran jauhnya seringkali membuatkan barisan pertahanan Sarawak United jelas hilang arah untuk mengawal para pemain JDT.

Advertisements

JDT menamatkan perlawanan Piala FA semalam dengan keputusan 3-0 menerusi 2 jaringan Fernando Forestieri dan juga sepakan percuma Nazmi untuk membawa pasukan melangkah ke pusingan berikutnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram