Negeri Sembilan FC berjaya menjadi juara bagi saingan Liga Wanita Nasional (LWN) Zon Selatan sekaligus melayakkan mereka ke saingan Piala Tun Sharifah Rodziah 2022.
Turut layak adalah pasukan Melaka United FC selepas menjadi Naib Juara saingan kali ini.
Negeri Sembilan FC berjaya memenangi 8 daripada 10 perlawanan dan hanya mencatatkan 1 kekalahan serta 1 keputusan seri dengan mengumpul 25 mata memisahkan mereka dengan 1 mata berbanding Melaka United FC dengan 24 mata.
Saingan LWN Zon Selatan ini dilangsungkan di Padang Bolasepak MBPG melibatkan 6 pasukan kesemuanya termasuk KKFC, DCL FC, MSN Melaka dan PDRM FC.
Di zon lain seperti Zon Sarawak dimenangi oleh Kuching FA manakala Pulau Pinang dan Kelantan FA mewakili Zon Utara.
Saingan LWN adalah sangat baik dalam usaha Malaysia mencari baakt-bakat baru untuk dicungkil dan diketengahkan ke peringkat lebih tinggi pada kejohanan akan datang.