Negeri Sembilan FC sah merekrut bekas pemenang Liga Juara-Juara AFC (ACL), Yuichi Hirano.
Perpindahan bekas pemain tengah Urawa Reds itu disahkan pengurusan Sang Rusa menerusi satu kenyataan di platform rasmi mereka.
“Yuichi Hirano kini sah menjadi sebahagian dari keluarga Negeri Sembilan FC. Pemain kelahiran Jepun ini memiliki ketinggian 175 cm dan pernah beraksi di Liga J1 Jepun bersama Urawa Reds dan Cerezo Osaka.
“Pada musim 2022/2023, beliau membantu Urawa Reds memenangi AFC Champions League (ACL).
“Beraksi sebagai pemain tengah, pastinya pengalaman beliau beraksi di pentas tertinggi bola sepak Asia ditagih untuk membantu skuad Jang,” kata kelab dalam satu kenyataan.
Perpindahan ini menjadikan beliau rekrut kelima Negeri Sembilan bagi menghadapi baki musim 2025/26.
Selain Hirano, Sang Rusa turut mendapatkan rakan senegara beliau, Kei Oshiro, Anuar Ceesay, Oday Kharoub dan Wan Kuzri Wan Ahmad Kamal.
Negeri Sembilan turut mendapatkan pemain pertahanan Singapura, Amirul Adli Azmi secara pinjaman sehingga akhir musim ini.