Neymar Mohon Maaf Kerana Menipu Kekasih
Hiburan
@neymarjr
Advertisements

Bukanlah satu rahsia penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dikenali sebagai mata keranjang. Akibatnya sikapnya itu, ayam tambatan Brazil itu baru-baru ini membuat permohonan maaf terhadap kekasihnya, Bruna Marquezine selepas berlaku curang kepadanya.

Permohonan maaf itu dibuat Neymar menerusi satu catatan di Instagram peribadinya. Penyerang Selecao itu berharap Marquezine yang kini mengandungkan anak keduanya.

“Bru, saya sudah memohon maaf atas kesilapan, atas pendedahan yang tidak perlu tetapi saya rasa bertanggungjawab untuk tampil secara terbuka untuk menegaskan perkara ini.

Advertisements

“Sekiranya perkara peribadi telah menjadi pengetahuan umum, permohonan maaf juga perlu dibuat secara terbuka.

“Tak boleh bayangkan hidup tanpa kamu. Saya tak tahu sama ada kita mampu atasi perkara ini tetapi hari ini anda pasti saya mahu mencubanya.

“Matlamat kita akan tercapai, kecintaan kita terhadap anak kita akan menang, cinta kita antara satu sama lain akan menjadikan kita lebih kuat,” katanya.

Advertisements

Permohonan maaf itu dibuat selepas satu laporan Em Off mendakwa Neymar dan Marquezine telah memuktamadkan syarat-syarat yang membenarkan bekas penyerang Barcelona itu berlaku curang kepadanya.

Laporan sama turut mendedahkan penyerang Brazil itu dikesan berbalas teks dengan kekasih gelap semasa meraikan Hari Valentine bersama Marquezine.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram