Penyerang Brazil, Neymar memilih bersara daripada arena antarabangsa.
Keputusan itu diambil selepas Brazil terkandas di peringkat pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia 2026. Selecao terpaksa melupakan tiket suku akhir apabila tewas 2-1 kepada Norway.
Meskipun mengakui ini satu keputusan yang sukar, Neymar melihat ini masa terbaik untuk beliau bersara. Beliau turut memaklumkan telah mencuba yang terbaik untuk membawa pasukan itu mara lebih jauh.
“Saya sudah cuba. Saya sudah cuba. Ia bermula di sini, di Stadium Met Life dan (masa saya bersama Brazil) berakhir di sini. Ia kini sudah berakhir,” katanya seperti dilaporkan Fabrizio Romano.
Neymar masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-67 untuk membantu Brazil bangkit. Malangnya, dua gol Erling Haaland pada minit ke-79 dan 90 membuatkan Brazil kempunan untuk membalas dendam kekalahan edisi 1998.
Penalti Neymar pada minit akhir babak kedua merupakan gol saguhati buat Brazil. Keputusan ini menyaksikan Norway akan menunggu pemenang aksi England dan Mexico sebagai lawan di peringkat suku akhir.
Susulan pengumuman itu, Neymar kini fokus meneruskan karier permainannya bersama kelab Brazil, Santos.