Juara 5 kali, Brazil terpaksa akur tersingkir di tangan Norway dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA.
Kemenangan 2-1 dilakar oleh Norway dengan Erling Haaland muncul sebagai wira pasukan apabila ledakan dua jaringan beliau membuatkan barisan bintang Brazil terpaksa akur tersingkir dan gagal ke puingan suku akhir.
Gandingan Vinicius Jr serta Matheus Cunha sekali lagi jadi taruhan utama Brazil untuk menggempur gawang pasukan lawan sementara Norway pula menurunkan kesebelasan terbaik ditunjagi Erling Haaland dan juga Martin Odegaard.
Seawal minit ke-13, Brazil memiliki peluang terbaik untuk membuka tirai jaringan apabila pengadil memberikan tendangan penalti selepas Matheus Cumha dikasari namun sepakan Bruno Guimaraes berjaya ditepis penjaga gol Norway.
Serangan demi serangan diatur setelah itu, akan tetapi ketumpulan barisan serangan Brazil dan Norway membuatkan kedua-dua pasukan terus buntu sehingga perlawanan ini memasuki tempoh 10 minit yang terakhir untuk dimainkan.
Kebuntuan jaringan akhirnya terlerai pada minit ke-80 setelah hantaran oleh Andreas Schjelderup ditanduk cantik oleh penyerang, Erling Haaland untuk meletakkan Norway di hadapan serta memberikan tekanan hebat buat Brazil selepas itu.
Tonggak Manchester City ini sekali lagi menjadi hero pemusnah buat Brazil apabila rembatan deras dari luar kotak penalti berhasil menewaskan Alisson Becker untuk kali yang kedua meskipun Neymar sempat merapatkan skor di lewat aksi.
Keputusan berakhir dengan kemenangan 2-1 memihak Norway dan Brazil terpaksa akur gagal ke suku akhir Piala Dunia FIFA 2026.