Advertisement
Ng Tze Yong Jalani Pembedahan, Terlepas Dua Kejohanan Besar
UltraSukan
UltraSukan
BA Malaysia

Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terpaksa melupakan hasrat menyertai German Open 2024 dan All England Championship 2024.

Ini selepas beliau bakal menjalani pembedahan kecil pada bahagian belakangnya pada minggu hadapan.

Perkara ini diumumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka hari ini.

Pembedahan kecil ini dijangka memerlukan Tze Yong berehat antara dua hingga enam minggu.

“Keutamaan BAM sentiasa difokuskan kepada pemain kami. Tumpuan kami ialah rawatan dan proses pemulihan Tze Yong.

“Apabila beliau pulih, kami akan membincangkan tindakan seterusnya. Buat masa ini, kami mahu beliau menumpukan perhatian untuk menjalani rawatan dan mengatasi kecederaan ini.,” kata Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky.

Tze Yong masih berpeluang mengutip mata kelayakan Sukan Olimpik 2024 menerusi Spain Masters 2024 dan Kejohanan Badminton Asia (ABC) di Ningbo, China.

Bagaimanapun, penyertaan beliau bergantung kepada tempoh pemulihannya daripada pembedahan kecil tersebut.