Advertising
Nguyen Xuan Son Alami Kecederaan Ngeri
MakanBola
AUFC/Zingnews

Vietnam terpaksa membayar harga mahal ketika muncul juara ASEAN Mitsubishi Electric Cup setelah kecederaan ngeri yang dialami oleh penyerang, Nguyen Xuan Son.

Skuad kendalian Kim Sang-sik hadir ke Bangkok dengan misi besar mempertahankan kelebihan jaringan yang diraih ketika aksi final pertama Khamis lalu hasil dua gol oleh Xuan Son.

Kelibat pemain naturalisasi dari Brazil itu sekali lagi menjadi taruhan oleh Vietnam untuk meneruskan agenda memburu jaringan tambahan sekaligus mengesahkan kejuaraan buat kali ke-3.

Ad

Walau bagaimanapun, aksi Xuan Son di atas padangan hanya bertahan selama 34 minit sebelum penyerang Nam Dinh itu diusung keluar akibat kecederaan yang ngeri menimpa oleh beliau.

Ad

Insiden yang berlaku pada minit ke-32 itu menyaksikan Xuan Son terjatuh dalam keadaan kaki kanan beliau seperti terlipat setelah membuat hantaran lantas menyebabkan kecederaan yang agak serius.

Pasukan perubatan terpaksa dipanggil oleh pengadil untuk membawa keluar dan memberikan rawatan susulan kepada Xuan Son sebelum tempatnya digantikan oleh Nguyen Tien Linh.

Ad

Aksi di Bangkok berakhir dengan kemenangan 3-2 memihak Vietnam dengan Pham Tuan Hai, Nguyen Hai Long dan juga gol sendiri pemain Thailand memastikan kejuaraan ke-3 buat Golden Star Warrior.