Advertising
Vietnam Muncul Juara ASEAN Championship, Hampakan Thailand
Piala AFF
MakanBola
Changsuek

Vietnam menjulang kejuaraan ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024 setelah tampil cemerlang menumpaskan juara bertahan, Thailand di Stadium Rajamangala pada Ahad.

Setelah cemerlang membawa bekalan tipis di aksi pertama lalu, Vietnam terbang ke Bangkok dengan misi besar untuk menafikan hajat Thailand bangkit dan muncul juara di laman sendiri.

Suphanat Muenta dan Patrik Gustavsson menjadi tumpuan dalam barisan pemain Thailand sementara Vietnam tampil menaruh harapan buat peledak berbisa, Nguyen Xuan Son.

Ad

Pada minit ke-8, Thailand dikejutkan dengan jaringan awal oleh Pham Tuan Hai hasil hantaran jauh Pham Xuan Manh untuk membolehkan Vietnam mendahului di awal permainan.

Tuan rumah kembali mengikat kedudukan 1-1 apabila pemain warisan, Ben Davies berhasil menjaringkan gol pertama hasil rembatan luar kotak penalti untuk menewaskan Nguyen Dinh Trieu.

Ad
Ad

Separuh masa pertama tamat, Thailand 1-1 Vietnam.

Ad

Kembali dari rehat, usaha berterusan Thailand memburu gol tambahan akhirnya menemu hasil pada minit ke-64 apabila Supachok Sarachat meledak jaringan kedua untuk mengikat agregat 3-3.

Malang menimpa tuan rumah apabila Weerathep Pompham dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil akibat terjahan keras dan memaksa Thailand beraksi dengan hanya 10 orang pemain.

Kelebihan seorang pemain itu digunakan oleh Vietnam untuk menyumbat gol penyamaan apabila pemain Thailand, Pansa Hemviboon tertampan bola ke gawang sendiri ketika berbaki 8 minit.

Ketika aksi memasuki masa tambahan, Vietnam mengambil peluang untuk menjaringkan gol ketiga menerusi Nguyen Hai Long yang mudah menolak bola ke gawang Thailand yang kosong.

Aksi di Stadium Rajamangala berakhir dengan keputusan 3-2 sekaligus cukup buat Vietnam muncul selaku juara menerusi keputusan agregat 5-3.

Ini merupakan kejuaraan ke-3 buat pasukan Vietnam setelah turut muncul sebagai juara ASEAN Championship pada edisi 2008 dan juga 2018 yang lalu.