Nik Akif Syahiran Jadi Rebutan Dua Kelab Utara
Transfer
Penang FC
Advertisements

Nik Akif Syahiran kini menjadi rebutan sebuah kelab utara manakala kelab semasa beliau, Penang turut mahu mengekalkan khidmatnya.

Pemain tengah ini menjadi perancang utama Penang dibahagian tengah apabila telah melakukan 29 penampilan dalam semua pertandingan untuk musim ini.

Konsistensi Nik Akif pada musim ini turut menarik minat daripada Perak menurut perkongsian wartawan sukan, T. Avineshwaran.

Advertisements

Pengendali Perak ketika ini, Yusri Che Lah pernah bekerjasama dengan Nik Akif sewaktu pemain tersebut bermain untuk pasukan Kelantan.

Namun pemain itu dikhabarkan mahu kekal bersama Penang untuk musim hadapan disebalik minat yang ditunjukkan oleh Perak.

Kelincahan Nik Akif turut mampu menyumbang 2 gol dan mencatat 2 bantuan jaringan untuk Penang pada musim ini.

Advertisements

Pemain berusia 24 tahun ini memiliki versatiliti untuk bermain diposisi yang berbeza seperti pemain tengah, pemain tengah menyerang serta dibahagian sayap pasukan.

Nik Akif pernah dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan bawah 19 tahun serta bawah 23 tahun Malaysia sebelum ini setelah mempamerkan prestasi hebat sewaktu bersama Kelantan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram