Nilai Pasaran Liga Super Melonjak Naik RM4.6 Juta Selepas Kehadiran Jordi Amat
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kehadiran bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat ke saingan Liga Super ibarat satu fenomena baharu buat arena bola sepak Malaysia.

Pemain yang pernah beraksi bersama kelab-kelab ternama seperti Swansea, Espanyol, Real Betis dan Rayo Vallecano ini bakal mengukuhkan lagi benteng pertahanan JDT musim ini.

Sepanjang beraksi 5 tahun bersama Swansea, Jordi Amat berjaya melakukan sebanyak 52 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Perpindahan pemain kacukan Sepanyol/Indonesia ini sekaligus menjadikan beliau pemain paling mahal dalam kancah Liga Super Malaysia. 

Advertisements

Nilai pasaran Jordi Amat kini mencecah angka RM4.6 Juta menyaksikan beliau berada dalam kedudukan pertama dalam carta pemain Malaysia paling mahal.

Jika disemak dalam laman sesawang Transfermarkt.com, harga Jordi Amat telah mengatasi tanda harga tiga pemain bernilai yang lain iaitu Fernando Forestieri, Hyuri Henrique dan Jackson De Sauza.

Bertitik tolak dengan tanda harga Jordi Amat ini, kehadiran beliau sekaligus telah menaikkan lagi nilai pasaran Liga Super.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram