Nilai skuad Indonesia catat peningkatan memberangsangkan selepas naik sekitar 4.08 Juta Euro (RM21 Juta) sejak Piala Asia 2023.
Skuad kendalian Shin Tae-yong mempamerkan aksi membanggakan di Qatar selepas berjaya mara ke pusingan kalah mati.
Sang Garuda bagaimanapun terpaksa akur dengan kehandalan Australia apabila ditundukkan 4-0 untuk menamatkan perjuangan hebat di Asia.
Ketika memasuki fasa Piala Asia, skuad Indonesia berada pada kedudukan ke-15 pasukan bertanding dengan nilai semasa skuad sekitar 8.70 Juta Euro (RM44.5 Juta).
Walau bagaimanapun, kehadiran beberapa watak hebat yang memantapkan lagi pasukan dilihat membantu untuk meningkatkan nilai pasaran pasukan Indonesia.
Menerusi kemas kini terbaru laman Transfermarkt, nilai pasaran terkini Timnas Indonesia meningkat kepada 12.70 Juta (RM65 Juta) dan menjadi skuad termahal di Asia Tenggara.
Kemasukan 4 tonggak kacukan baharu iaitu Jay Idzes (Venezia), Nathan Tjoe (SC Heerenveen), Oratmangoen (Fortuna Sittard) dan Thom Haye (SC Heerenveen) membantu kepada peningkatan nilai pasukan.
Ketika ini, pemain termahal skuad Indonesia dipegang oleh Thom Haye yang beraksi di Belanda bersama Heerenveen (Divisyen 1) dengan saham sekitar 3 Juta Euro (RM15.3 Juta).
Kedudukan ini menyaksikan Indonesia menghampiri Jordan yang memiliki nilai skuad sekitar 16.80 Juta Euro (RM86 Juta).
Shin Tae-yong juga memanggil 28 pemain ke kem latihan pusat Indonesia sebagai persediaan aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Vietnam dalam misi untuk mara ke pusingan berikutnya.