Shin Tae-yong Tarik Minat Korea Selatan, Bakal Tinggalkan Indonesia?
Asia
PSSI
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong hangat diperkatakan untuk membuat kepulangan ke Korea Selatan.

Masa depan pengendali berusia 54 tahun itu kembali hangat diperkatakan selepas difahamkan kontraknya bakal berakhir Jun ini.

Beliau memilih untuk kekal membawa Timnas Indonesia ke Piala Asia 2023 di Qatar dan menyambung kontrak baharu selama 6 bulan.

Advertisements

Khidmat beliau bagaimanapun terus menjadi buruan negara Asia lain selepas Korea Selatan menjadi pasukan terbaru yang menunjukkan minat.

Menerusi beberapa laporan dari media Korea Selatan, pemecatan ketua jurulatih, Jurgen Klinsmann menyaksikan beberapa nama jurulatih tempatan mula dikaitkan untuk mengisi kekosongan tersebut.

“Selepas Shin Tae-yong yang mengetuai Piala Dunia 2018 di Rusia, kemungkinan pengurus Korea Selatan memimpin pasukan itu sekali lagi telah meningkat. Hong Myung-bo, Hwang Seon-hong, Kim Do-hoon, dan Shin Tae-yong disebut sebagai calon.”

Advertisements

“Jurulatih Ulsan HD, Hong Myung-bo membawa dua gelaran juara Liga Korea berturut-turut, tetapi menimbulkan kebimbangan bahawa dia tidak dapat mengawal pemain Ulsan.”

“Jurulatih Olimpik, Hwang Sun-hong mendahului kelayakan akhir untuk Sukan Olimpik Paris, jadi ia diramalkan bahawa dia boleh menjadi pengurus sementara. Bekas jurulatih Ulsan, Kim Do-hoon tidak mempunyai pengalaman memimpin pasukan kebangsaan.”

Kepulangan Shin Tae-yong dilihat mampu dilakukan namun beliau masih terikat kontrak dengan Timnas Indonesia.

Advertisements

Jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia Shin Tae-yong mempunyai kontrak dengan Indonesia. Pengarah Kim Hak-beom, yang boleh menjadi calon utama, telah pun memilih untuk ke Jeju United,” ujar kenyataan Yonhap.

Taeguk Warriors mahu merealisasikan hasrat untuk menjuarai Piala Dunia dengan misi seterusnya bakal berlangsung bertemu Thailand bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram