Shin Tae-yong Bakal Tinggalkan Indonesia?
Asia Tenggara
PSSI
Advertisements

Ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong disebut-sebut bakal melepaskan peranannya pada bulan Jun ini selepas beberapa tahun mengemudi pasukan.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berjaya membawa Sang Garuda ke pusingan kalah mati namun tewas besar kepada Australia dengan keputusan 4-0.

Timnas Indonesia juga mengharungi tempoh yang cukup baik sejak dikendalikannya selepas naik ke kedudukan 142 dunia menurut ranking FIFA.

Advertisements

Menerusi satu laporan daripada portal Korea Selatan, Sports Khan, jurulatih berusia 53 tahun itu mendedahkan bahawa beliau ada menerima tawaran untuk melatih pasukan lain.

“Saya mendapat tawaran kira-kira seminggu yang lalu.”

Beliau juga turut menafikan bahawa tawaran itu datang daripada negara di Asia Tenggara.

Advertisements

“Saya tidak sepatutnya menyelia lebih banyak di Asia Tenggara, dan tawaran itu datang dari wilayah lain.”

Shin Tae-yong juga memberitahu bahawa kontrak asalnya bersama Indonesia adalah sehingga Disember 2023 namun beliau memilih untuk kekal hingga Jun dengan lanjutan kontrak singkat.

“Apabila bercakap mengenai lanjutan kontrak, kita boleh memilih untuk membayar penalti dan pergi ke tempat lain tetapi saya berpegang kepada janji saya untuk kekal di Indonesia sehingga Jun,” ujarnya kepada Sports Khan.

Advertisements

Beliau juga cuba menerapkan mentaliti kemenangan kepada pemain Indonesia dan semangat melawan tanpa mengira lawan yang bakal ditempuhi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram