Nuha Marong Sertai Kelab Oman
Asia
MakanBola
TRW Kelantan FC
Advertisements

Selepas meninggalkan Kelantan FC pada awal tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M), Nuha Marong kini sudah mempunyai pasukan baru.

Hari ini, beliau berkongsikan berita bahawa beliau kini menjadi sebahagian daripada pasukan divisyen pertama Oman, Oman Club.

Advertisements

“Gembira menjadi sebahagian daripada keluarga ini dan syukur kepada Tuhan untuk setiap detik. Kita akan mulakan pengembaraan ini!! Alhamdulillah 3X,” katanya menerusi catatan terbaru di Instagram peribadinya.

Sebaik berita tersebut diketahui, ramai mengucapkan tahniah atas perpindahan tersebut. Antara yang berbuat demikian ialah bekas jurulatih The Red Warriors, Pol Corpas yang kini berkhidmat dengan Lion City Sailors.

Advertisements
WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.55.12 Nuha Marong Sertai Kelab Oman

Ramai mengharapkan kempennya bersama Oman Club jauh lebih baik berbanding semasa bersama Kelantan musim ini.

Mengikut statistik Transfermarkt, Marong hanya menjaringkan dua gol daripada lapan penampilan yang direkodkan sepanjang Liga M. Dua gol tersebut direkodkan dalam perlawanan Piala FA.

Advertisements

News Comments Account