Nurshamil & Kelantan Akhirnya Berpisah
Liga Super
Trw Kelantan
Advertisements

Penyerang kelahiran Melaka, Nurshamil Abd Ghani akhirnya mengumumkan perpisahan dengan Kelantan FC malam tadi.

Menurut kenyataan di laman sosial Instagram Nurshamil, pihak TRW Kelantan melepaskannya dengan persetujuan bersama.

“Terima Kasih kepada Kelantan melepaskan saya dengan persetujuan bersama.

Advertisements

“Terima kasih juga beri saya peluang dan ruang selama saya bersama pasukan Kelantan FC dan mencapai sesuatu yang dibanggakan untuk diri sendiri dan pasukan.

“Terima Kasih juga pada pengurusan Kelantan FC, jurulatih dan rakan sepasukan yang banyak membantu saya selama saya di sana.

Advertisements

“Walaupun ada yang pahit pasti ada yang manis untuk saya ingat. Tidak lupa juga untuk penyokong yang dapat menerima saya untuk tabur bakti pada negeri Kelantan, InsyaAllah jumpa lagi,” kata Nurshamil di Instagram miliknya.

Penyerang berusia 28 tahun ini merupakan tunjang utama pasukan Kelantan musim lepas apabila berjaya membawa pasukan layak ke Liga Super.

Advertisements

Untuk rekod, beliau mencatatkan satu jaringan dalam tujuh perlawanan saingan Liga Super musim 2023 ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram