‘Nutmeg’ Ronaldo Julang Portugal Ke Piala Dunia Qatar 2022
Dunia
Getty Image
Advertisements

Pusingan kelayakan akhir Piala Dunia Qatar 2022 menyaksikan skuad kebangsaan Portugal berjaya menewaskan North Macedonia dengan kuputusan 2-0.

Dua gol jaringan pemain Manchester United, Bruno Fernandes telah melayakkan Portugal untuk beraksi di saingan Piala Dunia edisi kali ini.

Jaringan pertama terhasil pada minit ke-32 permainan setelah ‘Nutmeg Assist’ daripada kapten Portugal, Cristiano Ronaldo dimanfaatkan sebaiknya oleh Bruno Fernandes. Rembatan deras daripada Bruno gagal diselamatkan penjaga gol North Macedonia.

Advertisements

Menjelang babak kedua perlawanan, Bruno sekali lagi menjadi wira kepada kemenangan pasukan Portugal apabila pada minit ke-65 permainan, rembatan Bruno Fernandes terus menggegar jaring. Hantaran lintang daripada rakan sepasukannya itu mudah disempurnakan dengan baik.

Walaupun Cristiano Ronaldo gagal menjaringkan gol dalam perlawanan semalam, namun beliau telah memainkan watak penting dalam membantu keberhasilan jaringan Bruno Fernandes. Hantaran ‘Nutmeg’ oleh Ronaldo sememangnya cantik dan begitu ikonik.

Advertisements

Keputusan masa penuh menyaksikan Portugal menang 2-0 keatas North Macedonia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram