Dunia
Rogmgmt
Advertisements

Pemain kacukan Malaysia-Jamaica, Kobe Chong dilihat sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran di Malaysia sekaligus menguatkan lagi spekulasi beliau akan beraksi di sini.

Kobe yang juga merupakan pemain kelab divisyen Liga kedua England bersama Peterborough United sering dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Super.

Beliau yang dilaporkan sudah pun dilepaskan okeh kelabnya bagi membuka ruang untuk membentuk semua skuad menjelang saingan musim baharu.

Advertisements

Walau bagaimanapun, menerusi satu hantaran di laman Instagram rasminya, pemain berusia 20 tahun itu dilaporkan sudah pun tiba di Malaysia hari ini.

Kehadiran bekas pemain muda Cagliari bawah 17 tahun ini juga menambah rencah bahawa beliau akhirnya ingin beraksi bersama pasukan tempatan.

Antara pasukan yang dikatakan berminat untuk memdapatkan khidmatnya ialah Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas mereka dilaporkan berminat untuk membawa masuk 4 muka baharu pada jendela perpindahan ini.

Advertisements

Kobe Chong juga sebelum ini pernah menyatakan keinginannya untuk beraksi bersama pasukan bawah 23 tahun negara selain mempunyai cita-cita untuk berbakti buat Malaysia.

Sungguhpun masih tiada pengumuman rasmi dibuat oleh mana-mana pasukan, kehadiran pemain ini sudah pasti bakal menguatkan lagi jentera tengah pasukan yang disertainya.

Kobe IG Oksigen Malaysia Mula Meresap Masuk Ke Dalam Jantung Kobe Chong
IG: Kobe Chong
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram