Ole Solskjaer Kembali Ke EPL?
MakanBola
Besiktas JK

Bekas pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan bakal kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

BBC Sport melaporkan Ipswich Town meletakkan beliau sebagai pilihan utama untuk menggantikan pengurus sebelumnya, Kieran McKenna.

Selepas meninggalkan Old Trafford pada 2021, Solskjaer memilih berehat seketika daripada pengurusan bola sepak. Beliau kemudiannya kembali sebagai jurulatih Besiktas pada 2025 tetapi hanya bertahan selama tujuh bulan.

Solskjaer kemudiannya antara calon yang dipertimbang United sebagai calon jurulatih interim susulan pemecatan Ruben Amorim pada musim lalu.

Walau bagaimanapun, The Red Devils memilih Michael Carrick sebagai jurulatih interim. Carrick kemudiannya dilantik sebagai pengurus tetap selepas United layak ke Liga Juara-Juara UEFA (UCL) musim 2026/27.

Kini, Solskjaer dilaporkan antara calon pilihan untuk mengisi kerusi panas di Portman Road. McKenna pernah berkhidmat di bawah beliau semasa berada di Old Trafford dan memimpin kelab itu bergelar naib juara musim 2020/21.

Selain Solskjaer, Ipswich juga dilaporkan berminat mendapatkan Gary O’Neill. Meskipun begitu, kelab Perancis, Strasbourg yakin dapat mengekalkan khidmatnya selepas menyertai kelab pada Januari lalu.

McKenna meninggalkan Portman Road selepas memimpin Ipswich selama lebih lima tahun. Tempoh tersebut menyaksikan kelab meraih tiga kenaikan pangkat, dua daripadanya layak ke EPL termasuk pada musim lalu.

Ipswich antara tiga kelab baharu EPL musim hadapan. Selain kelab itu, Hull City dan juara Liga Kejohanan, Coventry City juga layak.