Bekas jurulatih Manchester United, Ole Solskjær mendedahkan bahawa beliau menyesal membawa masuk Cristiano Ronaldo ke Old Trafford.
Beliau akui kedatangan Cristiano Ronaldo ke Manchester United bukanlah satu keputusan yang diingininya.
“Membawa kembali Cristiano Ronaldo adalah satu keputusan yang sukar untuk ditolak dan saya rasa kami terpaksa menerimanya, tetapi ternyata salah.
“Rasanya sangat tepat apabila dia menandatangani dan peminat merasakan itu pada perlawanan Newcastle, ketika Old Trafford… rock!”, dipetik daripada The Athletic.
Cristiano Ronaldo menyertai semula The Red Devils pada Ogos 2021 dibawah kendalian Ole. Impak beliau pada awalnya sangat memberangsangkan.
Namun, sejak kedatangan jurulatih baharu, Erik Ten Hag, Ronaldo tampak tidak dapat menyesuaikan diri dan akhirnya meninggalkan Manchester United dengan persetujuan bersama.
Kini, Ronaldo sedang menggegar arena bola sepak di Arab Saudi bersama pasukan Al-Nassr. Beliau ketika ini sudah merekodkan 7 gol dan 4 bantuan gol dalam 7 perlawanan bagi semua saingan.
Baru-baru ini, media Norway melaporkan bahawa bekas jurulatih berusia 50 tahun ini telah menolak tawaran untuk mengendali pasukan kebangsaan wanita Norway.
Difahamkan, Ole memilih kariernya ketika ini sebagai Pegawai Teknikal Pemerhati dibawah UEFA.