Ong Kim Swee Kekal, 3 Watak Penting Tinggalkan Sabah
Transfer
Sabah FC / T. Avineshwaran
Advertisements

Sabah dilihat agak sibuk pada jendela perpindahan kali ini selepas beberapa khabar angin mula dikaitkan dan disahkan sendiri oleh pemain dan jurulatih.

Antara watak penting yang kekal untuk pasukan Sabah ialah ketua jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee manakala tiga pemain yang disahkan akan meninggalkan pasukan ialah Amri Yahyah, Rizal Ghazali dan Irfan Zakaria.

Ini berdasarkan ciapan yang dimuatnaik oleh wartawan terkenal, T. Avineshwaran melalui akaun X peribadinya yang disahkan sendiri oleh Datuk Ong Kim Swee.

Advertisements

“Jurulatih Sabah Datuk Ong Kim Swee mengesahkan tiga pemain (iaitu) penyerang Amri Yahyah, pertahanan sayap Rizal Ghazali dan pertahanan tengah Irfan Zakaria akan meninggalkan kelab itu”, tulis beliau di kapsyen.

“Bagi jurulatih, beliau mengesahkan akan kekal. Sabah mengekalkan terasnya untuk musim akan datang”, tambah beliau lagi.

Para peminat The Rhinos boleh menarik nafas lega apabila Datuk Ong Kim Swee kekal mengemudi skuad itu namun pemergian tiga pemain itu bakal memberi cabaran buat Sabah untuk menghadapi musim baharu nanti.

Advertisements

Datuk Ong Kim Swee dan tiga tonggak utama tersebut berjaya mengharungi musim 2023 dengan baik di peringkat domestik dan masih berjuang di peringkat separuh akhir Piala AFC zon ASEAN.

Pada aksi penutup Liga Super 2023 semalam, Sabah cemerlang menundukkan Kedah Darul Aman FC 2-0 sekaligus mengakhiri kempen di tempat ketiga dengan 54 mata dari 26 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram