Advertising
Ong Kim Swee Raih Kemenangan Sulung Bersama Persis Solo
Asia Tenggara
MakanBola
Persis Solo FC

Datuk Ong Kim Swee memperoleh 3 mata pertama selaku jurulatih Persis Solo apabila menewaskan PSIS Semarang pada Isnin.

Sejak dilantik sebagai jurulatih Persis Solo pada 3 Disember lalu, Kim Swee sudah pun mengharungi 7 perlawanan liga dengan merekodkan 3 keputusan seri dan juga 4 kekalahan.

Bagi aksi minggu ke-19, Kim Swee dijadualkan berkunjung ke Semarang untuk menentang PSIS yang hanya 8 mata di atas Persis Solo untuk kedudukan carta Liga 1 Indonesia ketika ini.

Ad

Persis Solo turun tanpa bek, Cleylton Santos yang digantung perlawanan akibat kad merah ketika tumbang di tangan PSM Makassar memaksa Kim Swee melakukan sedikit rombakan.

Ad

Babak pertama perlawanan menyaksikan penyerang utama Indonesia, Ramadhan Sananta meledak dua jaringan pada minit ke-20 dan 33 untuk Persis Solo mendahului permainan.

Ad
Ad

Di babak kedua, PSIS menjaringkan gol pertama di minit ke-76 menerusi Gali Freitas untuk tuan rumah merapatkan skor 2-1 dan mencemaskan anak didik Kim Swee buat seketika.

Ad

Lebih malang, Persis Solo terpaksa bermain dengan 10 orang pemain apabila Jordy Tutuarima dilayangkan kad kuning ke-2 di lewat aksi namun keputusan 2-1 kekal memihak anak buah Kim Swee.

Keputusan ini memberikan kemenangan ke-3 untuk Persis Solo dalam saingan liga musim ini dan ketika ini anak didik Ong Kim Swee berada di tangga ke-16 dengan 13 mata.

Ujian seterusnya buat Ong Kim Swee dan Persis Solo adalah menentang pasukan di tangga ke-2 liga, Persija Jakarta pada 26 Januari ini di laman sendiri, Stadium Manahan.