Ong Kim Swee Bagi Bayangan Sabah Bakal Bermain Bertahan Menentang JDT
Dunia
Sabah FC
Advertisements

Ketua jurulatih Sabah FC, Dato’ Ong Kim Swee kekal waspada dengan ancaman yang diberikan oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sambil memberi bayangan bakal tampil dengan lebih ‘berhati-hati’ ketika kedua-dua pasukan bakal berentap pada Jumaat ini.

Bekas pengendali Harimau Muda ini sebaliknya mahu anak buahkan mengekalkan momentum sepanjang 90 minit permainan kerana berdepan dengan para pemain berkualiti yang dimiliki oleh pasukan Harimau Selatan.

Menurut satu kenyataan, Kim Swee tidak mahu para pemainnya dibebani dengan tekanan apabila turun beraksi di laman sendiri.

Advertisements

“Kita tidak boleh terlalu memikirkan mengenai kemenangan. “

Malah, beliau menuntut setiap pemain untuk terus memberikan yang terbaik tatkala cabaran getir menanti anak didiknya sepanjang 90 minit permainan.

“Paling penting adalah kita harus kekal fokus dan berdisiplin ketika kita turun beraksi sepanjang perlawanan nanti.”

Advertisements

Kim Swee kelihatan sudah cukup ‘masak’ dengan percaturan pasukan kendalian Benjamin Mora itu sambil menyifatkan JDT sentiasa hadir dengan pelbagai kejutan.

“Kita tidak boleh terburu-buru sebaliknya perlu menambah usaha jika ingin mencapai kejayaan atau setidaknya mengutip mata,” jelasnya Kim Swee dalam satu temubual.

Sabah bakal diperkuatkan dengan pemain ke-12 tatkala dikhabarkan bahawa penjualan tiket secara fizikal dan juga dalam talian telah habis sepenuhnya.

Advertisements

Ini juga bakal menjadi tonik terbaik buat pasukan dalam usaha untuk membantu para pemain memberikan aksi terbaik bagi merapatkan jurang dengan JDT dalam Liga Super.

Sabah FC telah mengumpul 22 mata selepas melalui 10 perlawanan manakala JDT pula mengumpul 23 mata selepas mengharungi 9 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram