Nama bekas jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mula disebut-sebut oleh orang Korea Selatan bagi menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Jurgen Klinsman.
Memetik laporan akhbar daripada Korea Selatan, Park Hang-seo antara calon yang sesuai sebagai jurulatih sementara.
Kredibiliti yang ada padanya dikatakan mampu membantu masalah dalaman yang dihadapi oleh skuad kebangsaan Korea Selatan ketika ini.
Kini, difahamkan Park Hang-seo sedang berada dalam fasa perbincangan dengan beberapa kelab dan persatuan. Namun, beliau masih belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya.
“Coach Park sedang berbincang dengan beberapa persekutuan dan kelab.
“Tetapi semuanya hanya dalam fasa cadangan jadi kami tidak boleh membuat keputusan lagi.
Selepas ini, Korea Selatan akan menghadapi aksi kelayakan Piala Dunia bagi pusingan kedua. Mereka akan bertemu Thailand, Singapura dan China pada bulan Mac akan datang.
Oleh itu, pengalaman luas yang ada pada Park Hang-seo sepanjang kariernya di Asia Tenggara dianggap sebagai kelebihan buat Korea Selatan untuk hadapi pusingan kedua ini tanpa sebarang krisis.
Park Hang-seo ketika ini merupakan penasihat kelab Vietnam, Bac Ninh FC yang beraksi di Divisyen ke-3.