Orang Ramai Berganding Bahu Tunaikan Impian Lelaki OKU, Azran Mazlan
Inspirasi
Azran Mazlan
Advertisements

Hasrat seorang lelaki kurang upaya (OKU) untuk memiliki sekeping gambar bermain bola sepak dengan kedua-dua kakinya tercapai dengan bantuan para pengguna media sosial.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Azran Mazlan memuat naik gambarnya bermain bola sepak menggunakan tongkat di kumpulan Facebook ‘Edit Apa Hari Ni?’ dengan kata-kata meminta bantuan untuk menyunting gambarnya.

“Assalamualaikum tolong edit kan,biar ada kaki dan hilangkan tongkat tu..teringin nak nmpak ada 2 kaki mcam pemain normal” tulis beliau dan disertakan bersama dua keping gambar.

Advertisements

Orang ramai yang melihat hantaran tersebut terus mula mempamerkan bakat menyunting masing-masing dengan hasil yang menarik dan kemas bahkan mencuit hati ahli kumpulan yang lain termasuklah saudara Azran Mazlan itu sendiri.

Paling mencuri tumpuan, salah seorang ahli kumpulan tersebut yang menyunting gambar Azran Mazlan sedang beraksi bersama pemain bintang Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman malah ada juga yang memberikan khidmat menyunting gambar tersebut secara percuma buatnya.

Tidak ketinggalan juga, orang ramai menitipkan doa serta kata-kata semangat untuk Azran Mazlan dan memuji kesungguhannya untuk bermain bola sepak.

Advertisements

Dengan satu hantaran di kumpulan Facebook yang meraih lebih enam ribu reaksi dan lebih lima ratus komen itu, beliau berjaya memiliki gambar yang diidamkan untuk diabadikan sebagai kenangan.

Beliau juga sempat berkongsi video di ruangan komen berkenaan cara orang kudung bermain bola sepak bagi menjawab persoalan orang ramai yang bertanya.

Sikap terpuji rakyat Malaysia yang prihatin ini wajar dijadikan suri teladan yang baik untuk dicontohi agar golongan kurang upaya di negara kita dapat bersama-sama menjalani hidup seperti biasa.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram