Padang & Cuaca Di KL Tahap Terbaik Sambut Aksi Malaysia vs Filipina
MakanBola
FA Malaysia

Cuaca dan padang Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras dijangka baik menjelang aksi terakhir Kumpulan B ASEAN Hyundai Cup antara Malaysia dan Filipina.

Semakan di laman sesawang kaji cuaca AccuWeather memaklumkan cuaca sekitar kawasan stadium dijangka baik pada Sabtu.

Meskipun keadaan cuaca dijangka berawan pada waktu malam, hujan diramalkan tidak melanda kawasan sekitar Stadium Bolasepak Kuala Lumpur sehingga tengah malam Ahad.

Faktor cuaca yang baik dijangka memastikan keadaan padang stadium berada dalam keadaan baik. Hal ini sekaligus membantu kedua-dua pasukan menampilkan prestasi terbaik dalam perlawanan itu.

Selain itu, usaha keras semua pihak termasuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memastikan padang berada dalam keadaan terbaik dan rentak perlawanan tidak terganggu.

Aksi terakhir Kumpulan B yang menemukan Malaysia dan Filipina berlangsung pada 8 Ogos dan dijangka bermula pada jam 9.00 malam.

Aksi ini cukup penting buat anak buah Tan Cheng Hoe. Keputusan perlawanan ini bakal menentukan sama ada skuad negara dapat mengiringi Thailand ke separuh akhir sebagai naib juara kumpulan atau sebaliknya.