Pahang Rangers Perkenal Jersi Edisi Khas Palestine
Inspirasi
Pahang Rangers
Advertisements

Juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2023, Pahang Rangers memperkenal inisiatif menarik bagi menyokong perjuangan Palestine.

Pasukan itu telah memperkenalkan jersi edisi khas Palestine sebagai tanda sokongan kepada Palestine.

Jersi tersebut dihasilkan oleh pembuat jersi pasukan, Desporte. Menariknya, nama Palestine dalam bentuk tulisan jawi terpampang di bahagian hadapan jersi.

Advertisements

Sementara peta Palestin pula diletakkan di bahagian belakang jersi. Menariknya, ia dibentuk mengikut bentuk potongan tembikai.

Potongan tembikai selalu digunakan di media sosial sebagai tanda sokongan kepada Palestin bagi menggantikan imej bendera negara itu.

Pahang Rangers memaklumkan wang daripada hasil jualan jersi tersebut akan disalurkan sepenuhnya tabung kemanusiaan dan kebajikan rakyat Palestine.

Advertisements

Penyokong yang berminat kini boleh mendapatkan jersi tersebut di laman sesawang rasmi Pahang Rangers.

Di media sosial, ramai memuji inisiatif yang diperkenalkan juara MPFL itu kerana cakna dengan perkembangan semasa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram