Ads
Pakaian Kontinjen Malaysia Rekaan Rizman Ruzaini Terima Pujian Menggunung Peminat
UltraSukan
Olympicmas

Kelengkapan pakaian kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik hasil rekaan Rizman Ruzaini menerima pujian menggunung dari para peminat.

Advertisements

Rizman Ruzaini yang merupakan pereka fesyen tempatan telah diberi tanggungjawab bagi mereka pakaian kontinjen negara semasa upacara pembukaan Sukan Olimpik pada 26 Julai nanti.

Advertisements

Hasil ilham dari Rizman Ruzaini ini telah menghasilkan busana yang menampilkan Baju Kurung bercorak songket dengan kelubung untuk wanita, serta Baju Melayu Teluk Belanga untuk lelaki yang dinamakan The Malaya.

Advertisements
Advertisements

Menurut Rizman, penghasilan busana istimewa yang kaya dengan ciri warisan ini lahir dari inspirasi anak tempatan yang mahu mengangkat nama Malaysia dalam setiap perjuangan.

The Malaya adalah cetusan ilham yang sangat istimewa yang lahir dari lubuk hati kami sebagai pereka tempatan yang sentiasa mendukung nama Malaysia dalam setiap langkah perjalanan kami memperjuangkan rekaan fesyen di sini juga merentasi sempadan negara,” ujar Rizman.

Advertisements

Ternyata rekaan busana anak tempatan ini telah meraih pujian ramai di video yang dimuatnaik oleh Olympimas yang kagum dan terkesima melihat kecantikan, keayuan corak motif yang terdapat pada pakaian itu.

”Tak sabar mahu melihat Olimpian Malaysia menyarung busana ini nanti,” tulis nurulhana.nordin, salah seorang pengguna Instagram.

”Wah, inilah yang melambangkan imej Malaysia!” ujar ikasulaiman di ruangan komen Olympicmas.

”Cantik, klasik dan elegen,” menurut firdaus_among yang kagum melihat hasil rekaan Rizman Ruzaini.

Advertisements

Busana istimewa ini bakal digunakan oleh para atlet Malaysia ketika upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung pada 26 Julai ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram