Skuad bola sepak kebangsaan Palestin semakin hampir menuju ke Piala Dunia 2026 selepas tampil cemerlang dalam aksi Kumpulan B Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia Zon Asia.
Palestin kini menghuni tangga ke-5 Kumpulan B dengan mengumpul 9 mata dan hanya dibezakan satu mata dengan pasukan di tangga ke-4 iaitu Oman.
Untuk aksi seterusnya yang mana ianya adalah perlawanan terakhir Kumpulan B, Palestin akan bertemu Oman dan jika Palestin memenangi perlawanan itu, mereka akan mara ke pusingan play-off.
Di dalam peraturan, pasukan-pasukan yang menamatkan aksi kumpulan di kedudukan ke-3 dan ke-4 bagi tiga kumpulan kelayakan ketiga akan bertarung di dalam pusingan keempat kelayakan (play-off).
Buat masa ini, beberapa pasukan sudah mengesahkan tempat di dalam pusingan kelayakan keempat iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Iraq dan Indonesia.
Manakala enam negara Asia sudah sah layak ke Piala Dunia 2026 yang akan dilangsungkan di tiga negara iaitu Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.
6 negara Asia layak ke Piala Dunia 2026
1- Iran.
2- Uzbekistan.
3- Korea Selatan.
4- Jordan.
5- Jepun.
6- Australia.
7- Juara kumpulan A pusingan ke-4 kelayakan.
8- Juara kumpulan B pusingan ke-4 kelayakan.
9- Wakil tunggal Asia akan bersaing di pusingan playoff antara benua.
Perjalanan Palestin semakin hampir ke Piala Dunia namun perlu menewaskan Oman dan merebut tiga lagi slot ke Piala Dunia sama ada menjadi juara kumpulan ataupun perlu bersaing di playoff antara benua.