Panggilan Telefon TMJ ‘Ketuk’ Hati Dion Cools Sarung Jersi Harimau Malaya
Harimau Malaya
Edited By FZ
Advertisements

Satu panggilan yang dibuat oleh Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM YMJ telah membuka pintu hati bintang kelahiran Belgium-Malaysia, Dion Cools untuk mewakili Harimau Malaya.

Pemain berusia 27 tahun itu merupakan pemain idaman yang ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat apabila impian untuk melihat beliau tampil beraksi buat skuad kebangsaan.

Beliau berkongsikan kisah ini kepada laman FIFA ketika beliau membuat keputusan terbesar untuk melepaskan peluang beraksi buat Belgium untuk Malaysia.

Advertisements

Katanya, keputusan yang dilakukannya itu tidak sukar kerana Malaysia merupakan negara kelahirannya sambil panggilan DYAM TMJ membuatkannya tidak berfikir panjang untuk mewakili Harimau Malaya.

“Saya selalu memberitahu ibu dan ayah saya bahawa itu bukanlah satu jawapan yang muktamad bagi saya untuk mewakili Belgium.”

“Sudah tentu, perbezaan kedudukan (ranking) antara Belgium (dan Malaysia) menjadi perkara yang besar. Walau bagaimanapun, Belgium pernah menjadi nombor satu di dunia namun rasa cinta terhadap bola sepak Malaysia, peminat dan seluruh negara (Malaysia) amat besar.”

Advertisements

Hasrat DYAM TMJ untuk menjadikan bola sepak Malaysia semakin kuat dan digeruni di rantau ini menyebabkannya terbuka hati untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

“Saya (Cools) menerima satu panggilan telefon yang tiba-tiba datang daripada Putera Mahkota Johor (Tunku Ismail Idris) dan menjelaskan bahawa baginda cuba untuk menjadikan pasukan kebangsaan hebat semula, kerana mereka masih di bawah pada ketika itu,” ujar Cools kepada FIFA.

“Ia bukanlah satu keputusan yang susah untuk saya tentukan kerana saya mahu bermain untuk Malaysia. Saya agak tertarik dengan penjelasannya (TMJ). Itulah saat di mana saya memutuskan, ‘Ok, sekarang saya akan bermain Malaysia’”.

Advertisements

Cools melakukan debut pada tahun 2021 ketika bertemu UAE dan terus menjadi sandaran pasukan sehingga kini di Piala Asia Qatar 2023.

Beliau sudah meledak 4 gol dalam 23 penampilan bersama skuad kebangsaan dan bakal turun dalam misi terakhir berdepan Korea Selatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram