Pengendali skuad bola sepak Vietnam, Park Hang-seo mahu menebus kehampaan selepas gagal mempertahankan Piala AFF yang dimenangi Vietnam pada tahun 2018.
Pada edisi yang lalu, Piala AFF berjaya dimenangi oleh pasukan Thailand yang berjaya menumbangkan pasukan Indonesia di pentas final yang diadakan secara berpusat di Singapura.
Park akan melakukan apa sahaja demi Vietnam agar dapat merampas semula kejuaraan bola sepak terbesar Asia Tenggara itu.
“Saya mahu memenangi Piala AFF. Kami memenanginya pada tahun 2018 dan berjaya menggembirakan para penyokong Vietnam. Malangnya, pada edisi lalu, kami tewas di tangan Thailand dan gagal mempertahankan piala itu.
“Kali ini, kami mahu menebus kehampaan tersebut. Untuk jangka masa panjang, saya akan lakukan yang terbaik demi bola sepak Vietnam,” jelas Park seperti yang dilaporkan VnExpress.
Piala AFF 2022 yang dijadualkan pada Disember depan merupakan edisi ke-14 dan ianyasudah pasti menjadi perhatian seluruh peminat bola sepak di Asia Tenggara. Thailand masih memegang rekod sebagai pasukan yang paling banyak memenanginya iaitu sebanyak 5 kali diikuti oleh Singapura (4 kali).