Park Hang-seo Rangka Pelan Vietnam Ke Piala Dunia
MakanBola
the-afc

Bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo membuka laluan yang cukup baik buat negara itu melangkah ke Piala Dunia.

Pengendali berusia 65 tahun itu tidak lagi bersama pasukan Vietnam selepas kejohanan Piala AFF 2022 dan memilih untuk membawa haluan baharu.

Beliau turut dikaitkan dengan beberapa jawatan termasuklah ke Indonesia sebagai Pengarah Teknikal dan jurulatih di salah sebuah kelab di sana.

Ad

Khabar Park terhenti di situ dan namanya mula hilang dari radar.

Ad

Jurulatih kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun tampil dengan peranan baharu di Vietnam apabila memilih untuk membuka sebuah akademi bola sepak di sana.

Akademi yang dikenali sebagai Akademi Bola Sepak Antarabangsa Park Hang-seo itu telah pun dirasmikan pada 30 Ogos 2023 yang bertapak di Hanoi.

Ad
Ad

Tujuan akademi ini diwujudkan adalah untuk mencungkil lebih ramai bakat muda di Vietnam sebagai persediaan jangka panjang pasukan.

Ad

Vietnam yang kini berada di tangga ke-96 dunia sedang melakukan projek yang serius untuk layak ke Piala Dunia 2026.

Akademi ini juga akan meliputi beberapa tingkat umur termasuklah bawah 7, 9, 11, 13 dan 15 tahun.

Pemain terbaik bagi setiap tingkat umur akan dibentuk sebuah pasukan untuk dihantar bagi menyertai kejohanan peringkat bawah umur bagi melihat potensi sebenar mereka.

Beliau yang menjadi jurulatih Vietnam sejak tahun 2017 akan memanfaatkan segala pengalamannya untuk mencungkil dan menggilap bakat muda di sana.