Park Jae Hong: Kelantan Darul Naim Perlukan Masa Untuk Jadi Pasukan Kuat
Liga Super
MakanBola
Kelantan Darul Naim FC
Advertisements

Ketua jurulatih Kelantan Darul Naim, Park Jae Hong percaya pasukannya perlukan masa untuk menjadi lebih kuat setelah mengutip dua kekalahan berturut-turut.

Kelantan Darul Naim tewas tipis 1-0 kepada Sri Pahang dalam aksi pertama liga dan kemudian tewas 3-2 kepada Sabah untuk aksi kedua di laman sendiri.

Advertisements

Jurulatih dari Korea Selatan itu mengakui Kelantan harus mengkaji kelemahan pasukan dan memperbaiki bahagian pertahanan pasukan setelah dibolosi dua perlawanan berturut-turut.

“Kita hilang tiga mata dalam perlawanan ini jadi kita perlu perbaiki lagi pertahanan pasukan untuk aksi menentang Terengganu. Terengganu pasukan kuat jadi kita akan buat yang terbaik.

Advertisements

“Kelantan tidak boleh terus jadi pasukan kuat, kita perlu ambil selangkah demi selangkah untuk perbaiki kedudukan pasukan. Tolong percayakan kami dan kami akan beri yang lebih baik untuk perlawanan seterusnya.” ujar Park Jae Hong.

Park Jae Hong turut berpendapat aksi menentang Terengganu penting untuk Kelantan mencari titik kebangkitan dan tidak mahu terlalu memikirkan undian bertemu JDT dalam saingan Piala FA.

Advertisements

“Kami fokus aksi liga terlebih dahulu. Kami telah berbincang tentang undian Piala FA tetapi tiga perlawanan pertama lebih penting. Selepas aksi liga baru kita fokus tentang pasukan JDT.” tambahnya.

Kelantan Darul Naim akan berkunjung ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 24 Mei ini untuk perlawanan derbi bertemu Terengganu.

Advertisements

News Comments Account